Thursday, January 19, 2012

AKU MENCINTAINYA KERANA ALLAH

Setiap hari...setiap saat...setiap ketika...di fikiranku ada dia...dirinya yang membuatkan aku dekat pada penciptaku...mungkin dia tidak tahu kerana aku tidak menyatakannya...biarlah hanya Allah yang Maha Tahu apa yang tersimpan...biarlah ia menjadi lafaz yang tersimpan buat aku dan Dia..kekurangan diriku membuatkan aku takut untuk medekatinya..



Bukan nafsu...tetapi inilah cinta tertinggi kerana tertinggi...ini hikmah Allah berikan untukku..supaya aku lebih tahu apa itu sayang padaNya..perasaan ini akan ku simpan dengan rapi...biarlah hanya Dia menentukan yang terbaik buat diriku...mungkin dia milik orang lain...tak perlu ada rasa cemburu..dia bukanlah lagi milikku..mungkin juga dia membenciku bila aku menyatakan perasaanku..biarlah lafazku disimpan.. Ya Allah..tetapi kadang-kadang aku lemah bila ternampak dirinya di hadapanku... bagaimana untuk aku kuat Ya Rabb...andai hati ini sentiasa ingat padanya...aku mohon diberi kekuatan..sedih rasa hati...tidak termampu untuk menyatakannya..Allah...itulah keluhan setiap hari yang keluar dari mulutku..berat rasa hati menanggungnya...semua ini hikmah..itulah kekuatanku...


Biarlah dirinya tidak tahu...akan ku kirimkan setiap hari untuknya sepotong al-fatihah buat kekuatan perjuangannya di sana..biarlah dia tidak tahu aku teman setia yang sentiasa mendoakannya...biarlah dia tidak tahu aku sentiasa di sisinya di waktu dia keletihan...biarlah dia tidak tahu aku temannya di saatnya dia keseorangan...Biarlah DIRIMU menjadi perantaraanku dengan dirinya...tidak mengharap untuk dia menerimaku...tak mengapa jika perasaan ini hanya ada pada pihakku saja...mungkin ini rasa sayang DIA untuk aku...aku terima seadanya....




Ya Allah...andai dirinya membaca apa yang telah kutitipkan ini...maka ENGKAU berilah dia kekuatan semasa perjuangannya..jauhkan dirinya dari putus asa...jauhkan dirinya dari perasaan sedih...Ya MUHAIMIN...sungguh aku sangat ingat padanya...lindungilah dirinya sebaiknya..sentiasalah bersama dengannya...jangan lah pernah ENGKAU tinggal dirinya keseorangan...ameen YA MUJIB....


~diriku Khazinatul Asrar..hariku dan jiwaku milikNYA..cintaku milikNYA...kerana DIA yang menjagaku...tidak mungkin tidak untuk aku tidak mencintaiNYA...kerna DIA memberikan padaku rasa cinta pada dia..dirinya yang sentiasa aku tunggu...~


nukilan khas dari diari ``~ Khazinatul Asrar~``
Titipan khas Buatmu yang sentiasa di hati..Cinta tertinggi Kerana YANG MAHA TINGGI...

Saturday, December 10, 2011

NASIHAT RASULULLAH SAW

Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari :


"Wahai Abu Dzar,
1. Perbaharuilah perahumu, kerana lautan itu sangat dalam;
2. Carilah bekalan yang lengkap, karena perjalanan itu sangat jauh;
3. Kurangilah beban, kerana rintangan itu amatlah sukar diatasi; dan
4. Ikhlaslah dalam beramal, kerana yang menilai baik dan buruk adalah Dzat Yang Maha Melihat."



(1)
Perbaharui perahumu maksudnya perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar engkau memperoleh pahala dan selamat dari siksa Allah s.w.t. Hanya dengan Niat yang ikhlas dapat menghubung setiap perbuatan kita kepada keredhaan Allah. Diserupakannya akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh, dan rintangan yang amat sulit untuk diatasi, kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dilewati untuk sampai kepada kebahagiaan akhirat.


(2)
Bekalan adalah Amal yang soleh, kerana tiada apapun yang diadakan di dunia ini yang mendatangkan manfaat ( sebagai bekal ) kelak di akhirat, selain perbuatan yang tidak melanggar hak orang lain dan bertujuan hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.


(3)
Kurangilah beban, yang bermaksud janganlah mengambil dunia dengan sebanyaknya. Semua hal tentang dunia itu tidak bermanfaat bagimu ( kita ), kecuali hanya akan menjadi beban diakhirat kelak, kerana semua itu akan ditanya (a) dari mana?; (b) bagaimana?; (c) untuk apa?. Ibaratnya, sebiji paku yang kita miliki, kelak akan diminta pertanggung jawaban kita dari mana paku itu kita dapat, bagaimana paku itu kita dapatkan, dan untuk apa paku itu kita pergunakan. Dan itu bererti, semakin banyak kita mengumpul dunia, semakin banyak pula pertanggung jawaban yang harus kita tanggung kelak.


(4)
Ikhlaslah dalam beramal. Dunia ini dihuni oleh sekumpulan makhluk yang tidak sempurna. Yang mempunyai pancaindra yakni penglihatan, melihat jernihnya warna Air laut tampak seperti biru, yang mempunyai pancaindra yakni pendengaran dari suara pada ambang batas frekuensi hanya mulai dari 20 hertz hingga 20.000 hertz sahaja, yang hanya mampu membaca hikmah sebatas ilmu yang dimilikinya sahaja. Haruskah kita mencari penilaian bagi segala amal kita kepada mereka (manusia) yang terbatas? Dan apakah penilaian mereka (manusia) akan menentukan baik-buruknya kita diakhirat kelak?


Anas meriwayatkan bahwa :


"Pada suatu hari Rasulullah keluar rumah, sambil memegang tangan Abu Dzar beliau bersabda : "Wahai Abu Dzar, tahukah engkau bahawa dihadapan kita ada rintangan yang amat sukar untuk diatasi, yang tidak akan mampu untuk melewatinya, kecuali orang yang ringan?" Lantas ada seorang lelaki berkata : "Ya Rasulullah, apakah aku termasuk orang yang ringan atau orang yang berat?" Maka Rasulullah s.a.w bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk sehari?" Lelaki tadi menjawab : "Punya!" Rasulullah lalu bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk esok?" Lelaki itu menjawab : "Punya!" Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Apakah engaku punya makanan untuk lusa?" Lelaki itu menjawab : "Tidak!" Beliau lantas bersabda : "Apabila engkau memiliki makanan buat jatah sampai tiga hari, maka engkau termasuk orang-orang yang berat."

Saturday, September 17, 2011

Mawaddad - rasa berTuhan


"Ya Allah...hadirlah cintaMu dalam hatiku...jauhkanlah cinta dunia"

Tuesday, September 6, 2011

JADILAH AKU INSAN YANG SOLEHAH


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit " [Surah Ibrahim (14) : 24]

Perkataan yang baik, adalah sesuatu yang menyejukkan jiwa malah ia sebenarnya mampu membangkitkan perasaan untuk terus bergerak dan memacu perubahan diri.

Kalimah yang baik adalah perkataan yang dapat memberikan ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman kepada sanubari insan yang mendengarnya dengan jiwa yang lapang.

Kata-kata yang baik dapat menegakkan prinsip, menghidupkan roh, mendorong seseorang menuju kebenaran dan membina generasi yang berwawasan.

Kata-kata yang baik, mampu mengetuk jiwa, mendiamkan perasaan gundah, membuka mata, memukau seisi dunia dan menciptakan ketenangan yang luar biasa.

Inilah penangan kata-kata, bicara dan seruan kebaikan. Dan, kebaikan itu adalah daripada Rabb yang HAQ – Allah S.W.T.

Thursday, August 25, 2011

PERBANYAKKAN ZIKIR



“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” ( QS Al Ahzab: 41 ).

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” ( QS Al Imran: 191 ).

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” ( QS Al Ahzab: 21 ).

PESAN IMAM HASSAN AL-BASRI

"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

UNTUKMU WANITA PENGHUNI SYURGA...AMEEN..

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”
|riwayat Al Bazzar|

Ibnul Qayyim RA berkata
“Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada syurga, dan terpaut dengan isterinya.”